Perjalanan hidup ini bukan semudah apa yang kita sangka. Terkadang hidup ini perit untuk dilalui. Banyak perkara yang ingin diungkapkan tetapi sukar untuk diluahkan. Bukan mudah melupakan apa yang orang lain buat pada kita. Hati ini sakit dek kerana panahan yang perit.
Andai sahaja mereka mengerti apa yang aku alami. Hidup aku tak pernah ada yang senang. Malah, aku bersyukur kerana dilahirkan sebegini rupa. Dalam diam ada orang cuba untuk jatuhkan aku. Ujian buat daku yang sentiasa dihimpap kiri dan kanan dengan masalah. Berulang kali hati ini ingin menyambar kata-kata merkea. Aku tidak mampu.
Hanya memendam rasa lalu menangis di hadapan Illahi. sungguh hati ini amat lemah. Aku tidak kuat. Menahan sabar yang penuh dengan kata-kata bisa. Seandainya, Hilang sabar dari aku. Maafkan aku kerana hati ini sedah tidak terdaya lagi untuk menyimpan beribu-beribu kesakitan.
Kini, aku mngorak langkah untuk berjihad dengan sebatang pen. Penuh dengan liku-liku dinihari.